Sunday 5 February 2017

Semuanya Soal hati

Tanya hati. Adakah tenang itu milik yang hakiki.
Ketenangan tidak ada dalam persekitaran. Persekitaran itu umpama aksesori ciptaan yang cantik berhiasan.
Ketenangan bersembunyi didalam hati. Bertapak di daerah yang paling sunyi. Aman dan nyaman.
Melihat rupa manusia lain tenang, hati kita juga mampu tenang. Memakmurkan diri bila waktu diuji, itu juga satu ketenangan.
Signal kasih sayang Allah sentiasa hadir bertamu. Dipilih kepada yang paling layak. Singgah kepada hati-hati yang suci.
Tiada terlepas dari diuji. Lakari pujian dalam setiap ujian. Rasa kan bahawa diri masih ada iman. Tenang dalam memikul beban.
Ujian bertandang hanya sesekali. Dihujungnya pasti ada nikmat. Rasa manis paling hakiki.
Semuanya soal hati.

Tuesday 9 February 2016

Only beauty..

Cantik dan indah je tajuk posting kali ini. Semua orang suka cantik. Cantik pada pandangan setiap manusia itu berbeza-beza penilaiannya. Ada yang melihat kecantikan itu dari sudut zahiriah manakala ada juga melihat kecantikan dari sudut batiniah. Pada pandangan saya kecantikan adalah sesuatu yang relatif dan abstrak malahan apa sahaja persepsi kecantikan yang digambarkan oleh seseorang itu, semuanya benar dan betul belaka pada hemat dirinya. Menyukai kecantikan dan keindahan adalah salah satu fitrah dan kecenderungan yang Allah S.W.T anugerahkan kepada umat manusia di muka bumi ini.


Sesuatu yang cantik fitrahnya adalah sesuatu yang enak dilihat, damai dan menenangkan. Setuju ke? Jika gambaran kecantikan adalah seperti itu, maka sudah tentu kecantikan fizikal bukanlah penilaian yang utama. Betul kan? Bukankah sesuatu yang enak, damai dan menenangkan itu adalah bersifat rohani? Benarkah wujudnya perasaan ini adalah terzahir dari sifat rasa yang tidak dapat dilihat dengan gambaran fizikal. Kecantikan dari dalam atau sering juga disebut sebagai inner beauty adalah keadaan dimana hati seseorang itu subur terpelihara dan jernih sentiasa. Mempunyai hati yang cantik bererti mempunyai hati yang menawan, mempesona dan memikat.

Thursday 28 January 2016

Mesejnya Hati

Agak lama tidak menulis, hari ini tiba-tiba hati teringat untuk menjengah di laman usang yang telah lama ku tinggalkan ini. Damai hati sangat terasa apabila membaca posting-posting sebelum ini. Tanpa berfikir jauh, terasa ringan sahaja jari jemariku ini membuai rentak menjentik abjad sambil menyusun bait-bait ayat di sini. Sekarang radio ikim sedang memainkan lagu 'Mihrab Cinta' nyanyian merdu Siti Nurhaliza. Irama kata lagu ini sangat indah memuji Sang Pencipta, Sang Pecinta... YaRahman..YaRahim..

Terpanggil diri untuk menulis disini tentang perihalnya hati. Sungguh hati merupakan pusat kepada jiwa raga manusia. Kata-kata ini menerpa diingatan iaitu "apabila hati seseorang itu baik, maka insyaallah akan baik pula seluruh jasad / tubuhnya, dan apabila hatinya buruk, maka insyaallah akan buruk pula seluruh jasad / tubuhnya". Pernah juga terbaca satu artikel yang memberi ungkapan kata-kata Imam Al-Ghazali mengenai hati iaitu “Hati adalah merupakan sesuatu yang paling berharga (bernilai) dalam diri manusia. Sebab dengan hati inilah, seseorang itu mampu mengenal Tuhannya (Allah SWT), Mampu beramal untuk mengharapkan redho-Nya serta juga mampu mendekatkan dirinya kepada Tuhannya (Allah SWT). Sedangkan jasad tersebut pada hakikatnya hanyalah semata-mata menjadi pelayan dan pengikut dari hati itu sendiri, sebagaimana seorang pelayan terhadap tuannya”. Begitu bernilainya sekeping hati yang Allah anugerahkan ini.

Wednesday 5 November 2014

Membongkar Personaliti Melalui LPI TEST

Salam kemesraan dari saya

Agak lama tidak update blogzaiabdullah sejak diri agak proaktif kebelakangan ini. Hari ini saya ingin kongsikan mengenai topik personaliti diri yang memang merupakan salah satu subjek yang sangat saya minati.

Personaliti diri seseorang boleh diuji dengan pelbagai cara dan pelbagai kaedah. Pada sessi pengenalan program SME@UUM yang saya sertai baru-baru ini, saya telah mengadakan ujian personaliti diri melalui kaedah Leonard Personality Inventory Test (LPI). LPI telah direka oleh Dr Leonard Yong sebagai alat untuk mengenali profail perilaku seseorang individu. Melalui ujian ini, seseorang individu akan diberikan beberapa saranan untuk tujuan pembaikan peribadi dan cara kerja yang lebih baik dari segi gaya kepimpinan, kreativiti, peningkatan diri, pembelajaran dan sebagainya. 

Saturday 1 February 2014

Love is a verb..


Cinta..sesuatu yang indah untuk diperkatakan. Ia adalah anugerah yang sangat bermakna kepada umat manusia yang hidup di muka bumi ini. Nabi Muhamad S.A.W adalah pecinta yang hebat di muka bumi ini sehingga baginda mendapat darjat Kekasih Allah yang tiada tolok bandingnya. Ini adalah salah satu bait-bait kata yang ku dengar dari Ustaz Pahrol Mohamad Joi melalui corong radio IKIM Fm pada pukul 9.00 pagi tadi. Sungguh asyik aku mendengar Ustaz Pahrol merungkai kata bicara mengenai topik ini iaitu - Cinta Yang Sempurna.

Sunday 29 December 2013

Azam dan perancangan 2014

Assalamualaikum....

Hari ini kita masih di arena 2013. Beberapa hari saja lagi kita melangkah ke arena 2014 pula. Alhamdulillah...setiap detik, setiap waktu, setiap hari yang melewati kita dapat dimanafaatkan untuk  kehidupan bersama. Masih ada lagi kah peluang untuk kita melawati hari-hari seterusnya?  Allah yang maha mengaturkannya. Bagaimana pula dengan perancangan sepanjang 2014 nanti? Saya percaya ramai diantara kita mempunyai perancangan yang tersendiri dan yang paling penting setiap perancangan kita mestilah disertai dengan doa, petunjuk dan pohon keberkatan dari Yang Maha Esa.

Usahawan Enterprise vs Sdn. Bhd.

Saya ingin berkongsi pengalaman dengan ahli komuniti usahawan berkaitan dengan istilah atau perkataan yang mengelirukan banyak peniaga khususnya peniaga bumiputera, iaitu Enterprise dan Syarikat Sendirian Berhad (Sdn. Bhd.).

Semasa saya menyampaikan satu talk berkaitan dengan pelesenan pada bulan June 2011, seorang peserta telah bertanya apa beza antara Enterprise dengan Sendiran Berhad. Yang mana lebih besar.